SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Selamat Hari Raya Aidil Fitri teman-teman semua. Maaf terlambat wish. Tahun ni giliran pulang ke kuching sarawak. 15hb September kami dah tiba di bumi kenyalang. Awal dan teramat awal kami pulang raya kali ni. Anak-anaklah yang paling best sekali pulang ke kampung. Terpaksalah ponteng sekolah tapi apa nak buat tiket kapal terbang dah tak ada. Itu aja tarikh yang ada. Raya di Kuching jauh berbeza dari di semenanjung. Kek lapis menjadi hidangan tradisi warga sarawak. Dan aku sendiri pun dah tak terkejar nak ingat nama pelbagai jenis kek lapis di sini. Macam2 nama dan rupa. Sedap-sedap belaka. Terkini kek lapis cheese. Wah! Sedap sungguh rasanya. Sebelum pulang ke Kuching dah ada yang pesan, minta dibawa pulang kek lapis. Mungkin esok baru aku nak keluar cari kek lapis Rabiah. Itu yang aku tahu, kek lapis paling sedap di Kuching. Empat anak2 aku dan suami serta adik ipar udah keluar gi memancing. Itu aktiviti suami aku kalau pulang ke kuching. Dalam pada tu, aku teringat sangat kat mak d