Dia yang ku kenali dari dulu, kini dan selamanya
Pertama kali mengenali dia, saya tidak pernah terfikir untuk melangkah sebegini jauh. Usahkan itu, membayangkan hidup di kelilingi keluarga besar pun langsung tiada. Tetapi Allah itu maha agung, kita tidak tahu rahsiaNya.Akhirnya saya dan dia bersatu jua selepas mengharungi pelbagai rintangan dan tentangan.
Saya percaya jika itu jodoh saya, biar ke mana pun kita, berapa kali pun terlerai ikatan kasih, hujung-hujungnya bertemua jua.
Mengenali dia sebagai seorang lelaki yang bijak berkata-kata, berwawasan dan berkeyakinan tinggi namun paling mencabar digilai ramai perempuan. Satu cabaran bagi saya kerana saya dan dia umpama langit dan bumi. Kami berbeza penampilan. Saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Tidak agresif hatta tidak aktif dalam sebarang sukan. Tetapi dia, gemar bersukan, meminati muzik dan mudah tersentuh hati pada mereka yang memerlukan.
Dia yang saya kenali dahulu jauh berbeza kerana waktu berjaya mengubah dirinya menjadi lebih matang dalam menempuhi kehidupan selepas bergelar ayah kepada enam orang anak-anak.

Comments