Lama benar tidak menulis
Terasa rindu pada dunia penulisan yang kian menyepi dari diri. Bukan sengaja atau merajuk tetapi masa untuk aku bergebang di dalam blog terlalu payah sekali. Untuk mencari waktu yang selesa dan santai pun bukannya mudah. Hari ini aku terpanggil untuk menulis sesuatu. Melepas rindu dendam pada keyboard sambil memerah otak memikirkan apa yang ingin aku persembahkan.
Bukan tak seronok dengan pekerjaan baru tetapi senarionya yang berbeza membawa aku tenggelam dalam dunianya. Untuk aku mendalami bidang tugasan baru yang perlukan rentak tari baru memerlukan aku turut sama berlagu dengannya.
Oh ya! Sementelah bulan Syawal masih ada, ingin sekali aku berkongsi cerita raya. Bila sudah berkeluarga dan beranak pinak; anak-anaklah yang paling seronok menyambutnya. Dan bagi aku dan suami, anak-anaklah menghidupkan suasana raya kami.
Beli belah pun ala kadar tetapi keseronokkan di wajah mereka melihat baju baru dan kasut baru itulah yang menghiburkan hati kami.
Raya kali ini kami tidak pulang ke Sarawak tapi ke Kedah. Biarpun tidak ramai ahli keluarga tetapi rindu pada ibu dan ayah serta adik terlerailah sudah. Apatah lagi keadaan ayah yang terbaring menambahkan lagi rasa ingin pulang ke kampung kian menebal.
Pesan orang tua-tua jangan terlalu suka kelak buruk padahnya. Begitulah aku setiap kali pulang hari raya baik ke Kedah mahupun Sarawak, rasa gembira aku telan sahaja bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Biarpun terpaksa berbuka di dalam kereta akibat terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas tetapi kami sekeluarga tetap seronok dan tabah. Biarlah anak-anak merasa keseronokan ini. Kami bertolak dari jam 5 petang dan tiba di Jitra waktu dinihari.
Surprise! We're here. Itu yang aku buat pada mak. Hehe..sebelum tu aku dah telefon cuma pesan kemaskan tempat tidur. Ya lah nak balik dgn bala tentera yang ramai. Alih-alih malam tu kami sampai.
Terpancar wajah riang atuk menyambut cucu-cucunya yang seramai 6 orang. Waduh! Ramai banget. Tapi anak-anak aku juga yang memeriahkan rumah atuknya kerana dah tak ada cucu lain yang tinggal semuanya datang masa raya.
Well! Aku ni terigin nak buat kuih raya. Masa anak dara dulu kat kampung rajin jugalah buat kuih raya dan tolong atuk buat bahulu dan kuih bakar. Hah! Sekarang anak-anak merengek nak kuih raya terpaksalah buka buku resepi. Apa lagi tirulah dan jadilah biskut yang aku sendiri pun tak tahu nama dan rupanya. Tapi habis juga satu balang.
Seronoknya menulis. Rasa macam tak nak berhenti. Hujan kat luar bangunan opis lebat sekali. Jam dah hampir kul 7 mlm. Wa....kul berapa nak balik nih? Tapi tangan masih melekat kat keyboard.
Nanti aku nak tulis pasal interior pula.

Comments