Posts

Showing posts from 2008

Lama benar tidak menulis

Terasa rindu pada dunia penulisan yang kian menyepi dari diri. Bukan sengaja atau merajuk tetapi masa untuk aku bergebang di dalam blog terlalu payah sekali. Untuk mencari waktu yang selesa dan santai pun bukannya mudah. Hari ini aku terpanggil untuk menulis sesuatu. Melepas rindu dendam pada keyboard sambil memerah otak memikirkan apa yang ingin aku persembahkan. Bukan tak seronok dengan pekerjaan baru tetapi senarionya yang berbeza membawa aku tenggelam dalam dunianya. Untuk aku mendalami bidang tugasan baru yang perlukan rentak tari baru memerlukan aku turut sama berlagu dengannya. Oh ya! Sementelah bulan Syawal masih ada, ingin sekali aku berkongsi cerita raya. Bila sudah berkeluarga dan beranak pinak; anak-anaklah yang paling seronok menyambutnya. Dan bagi aku dan suami, anak-anaklah menghidupkan suasana raya kami. Beli belah pun ala kadar tetapi keseronokkan di wajah mereka melihat baju baru dan kasut baru itulah yang menghiburkan hati kami. Raya kali ini kami tidak pulan

Dia yang ku kenali dari dulu, kini dan selamanya

Pertama kali mengenali dia, saya tidak pernah terfikir untuk melangkah sebegini jauh. Usahkan itu, membayangkan hidup di kelilingi keluarga besar pun langsung tiada. Tetapi Allah itu maha agung, kita tidak tahu rahsiaNya.Akhirnya saya dan dia bersatu jua selepas mengharungi pelbagai rintangan dan tentangan. Saya percaya jika itu jodoh saya, biar ke mana pun kita, berapa kali pun terlerai ikatan kasih, hujung-hujungnya bertemua jua. Mengenali dia sebagai seorang lelaki yang bijak berkata-kata, berwawasan dan berkeyakinan tinggi namun paling mencabar digilai ramai perempuan. Satu cabaran bagi saya kerana saya dan dia umpama langit dan bumi. Kami berbeza penampilan. Saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Tidak agresif hatta tidak aktif dalam sebarang sukan. Tetapi dia, gemar bersukan, meminati muzik dan mudah tersentuh hati pada mereka yang memerlukan. Dia yang saya kenali dahulu jauh berbeza kerana waktu berjaya mengubah dirinya menjadi lebih matang dalam menempuhi kehidupan selepa

Berdebar-debar

Petang nanti tepat jam 4 aku akan menghadiri satu temuduga. Dah lama aku tidak melalui saat ini. Sudah berbelas tahun lamanya aku tidak menghadiri sesi temuduga. Terakhir ketika aku dipanggil untuk kerja aku sekarang. Iskh...dah lama dah, ni yang buat aku tak senang duduk. Ni aku belum cakap dengan cik abang lagi pasal perancangan nak tukar kerja. Bukan senang nak buat keputusan kerana banyak perkara perlu diambil kira. Paling penting soal anak2 sebab tak naklah kerja sampai keluarga terabai. Sekali fikir seronok juga nak berubah kerjaya, Dua kali fikir aku jadi takut. Sebab bimbang x dapat nak deliver the job. Post yang aku minta pun lain daripada yang apa aku lakukan sekarang. Paling tidak aku kena korbankan masa yang selama ini aku nikmati dengan senang. Ya lah kerja sekarang aku kerap keluar tapi untuk jawatan baru memerlukan aku di pejabat. Aku akan cuba sedaya upaya. Experienced lalu banyak mengajar aku berdepan dengan orang so aku harap aku tidak gabra dan ya...aku harus l

Dilema

Mahu kekal dengan kedudukan sekarang atau keluar dari sini dan mencari sesuatu yang baharu? Itulah persoalan yang saya hadapi sekarang. Bersama kerjaya sekarang yang saya bina bertahun lamanya sudah wujud satu keselesaan. Tetapi keselesaan itu belum cukup teguh untuk kita berangan dengan tempoh perkhidmatan yang telah saya harungi kerana belum tentu superior kita beranggapan sedemikian Nyata saya berada di pihak yang tidak beruntung kerana superior saya sentiasa mengganggap sebaliknya. Anggapannya itu melemahkan saya sebagai pekerja yang sentiasa memandang positif dengan apa jua yang saya lakukan. Bukan penghargaan yang saya minta tetapi memadailah dengan mengakui bahawa saya hari ini dan saya 13 tahun yang lalu sudah jauh ke depan. Tetapi sayangnya anggapan dan tanggapannya tidak pernah luntur. Sentiasa berfikir saya berada di tahap 13 tahun yang lalu. Sedangkan keupayaan dan kematangan berfikiran saya sudah jauh berubah. Tetapi saya biarkan sahaja kerana percaya bahawa kalau superior

Siapa Mangsa Dan Pemangsa...

Tulisan: Haslinda Hassan Gambar: Ikram Ramli Nama: Intan Rafiza Abu Bakar Lulusan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Ijazah Seni Halus Pameran Terpilih: 2007 * IGAGALIST 07 – Pembukaan Kafe Bau-Bau & Rice Cooker Shop, Central Market Annexe; * Bakat Muda Sezaman, BSLN * Pancawarna Seni Rupa – Kasih, A samad Said, Galeri Pelita Hati 2006 · Art and Earth – Young Artist Award, Gudang Damansara Jaya; · Performance Art for Tribute To Jeri – BSLN 2005 · Art, Festival dan Fundraising `Food Not Bomb Malaysia’ Human Right Day, Lost Generation Space; · Art Exhibition (Group) On The Way, Seksan Gallery. 2004 · Performance Art (Collarboration with Indonesian Art Group), BSLN · Road Show Exhibition Bluepoproject, Kedai Kebun Forum, Jogjakarta, Indonesia. Dari mula belajar sehingga ke hari ini, Intan Rafizah Abu Bakar selesa membikin karya seni berkisarkan emosi. Beliau senang mengetengahkan isu atau unsur yang dekat dengan dirinya. Kejujuran beliau di dalam berkarya tidak ada niat untuk mengk

Warning!Tapir Crossing

Nama: Ahmad Shukri Mohamed Umur: 39 Asal: Kelantan Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Pencapaian: 2002-2003 - Residen Artis di Rimbun Dahan Selangor 2001 – Anugerah Juri, Anugerah Seni Malaysia Philip Morris di Balai Seni Lukis Negara 1999 – Lima Pemenang Terbaik, Anugerah Seni Malaysia Philip Morris Group of Companies. 1997 – Anugerah Utama “Instalasi” Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara. Pameran terpilih: 2007 – Grand Opening – Warning! Tapir Crossing bersama Umibaizurah Mahir @ Ismail. Patisatustudio, Puncak Alam, Selangor. 2006 – Grand Opening – Semar Art Gallery, Surabaya. Indonesia. - 18@8 - Artis Kontemporari Malaysia. Karachi – Kuala Lumpur. Karachi, Pakistan. 2005 – Pameran bersama Kumpulan Matahati; 2nd Tupada International Art Festival, Sambalikhan, Filipina – Mager Project. Anting-anting + Matahati, Pinto Art Gallery, Antipolo City, Rizal, Filipina. 2004 – Art Singapore 2004, Suntec City dan

Cerita Seorang Teman

Assalamualaikum... Intai dah boring menulis benda-benda yang rigid. Intai teringin pula nak jadi blogger. Ya lah sana sini sibuk dengan blogging. La ni semua orang dah ada blog. Intai pun nak juga. Sekurang-kurangnya intai boleh menulis apa yang intai suka. Intai ni pengguna setia perkhidmatan awam. Hari-hari naik bas dan jumpa orang yang sama. Kalau anak intai suka tengok cerita Geng Bas Sekolah, Intai pun ada geng juga; Geng Bas Rapid KL69. Waktu sekian-sekian, intai akan jumpa orang ni. Kalau intai keluar lewat, intai akan bertemu dengan orang itu. Pendek kata, seronok juga ada Geng Bas Rapid KL69 nih. Dapat juga berbual dan mendengar cerita lain daripada hal-hal opis. Kawan intai seorang ni dah jumpa minat baru. Dia dok gila tanam pokok. Intai respect kat dia sebab duduk apartment tapi dia masih boleh duk tanam pokok. Yang intai duduk rumah bertanah pun belum tentu mata segar di kelilingi pokok. bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walau tanah sekangk