Posts

Indah Khabar dari Rupa

Kenapa manusia yang rasa dirinya hebat, lagak macho, perempuan serata alam tapi hakikatnya takut pada bayang-bayangnya sendiri. Hah! Hebat sangatkah dia? Itulah yang aku nilai pada seorang teman mesra tapi renggang...Hahaha....selalunya teman tapi mesra...tapi aku lain pula halnya. Aku pun naik heran kenapa takut sangat sehingga memulau aku untuk melihat segala aktiviti dirinya di alam siber. Rasanya diri aku tidaklah sejaguh mana sekadar seorang ibu biasa-biasa sahaja. Aku fikir kehadiran aku tidak mungkin akan mencalar segala aktiviti sibernya. Siapa aku untuk mengganggu-gugat hidupnya. Hanya sekadar memerhati dari jauh tapi kalau takut dilambung ombak kenapa berumah di tepi pantai. Benarlah kata orang tidur sebantal tapi mimpi lain-lain....

Sabarlah duhai teman

Sabarlah duhai teman, Jangan diturut hati yang lara, Jangan ditangisi kasih yang hilang, Jangan dikesal dengan apa yang terjadi. Sabarlah duhai teman, Aku tahu deritamu, Aku tahu sengsaramu, Kerana aku juga seperti mu.... Hilang segalanya... Hilang semuanya... Tatkala bibirnya menyebut... Kasihnya tertumpah pada wanita lain....

Taksub

Kenapa lelaki terlalu taksub dengan chatting? Apa yang dicari sebenarnya. Kalau yang bujang aku fahamlah untuk mencari pasangan hidup tetapi lelaki yang dah berkahwin kekadang heran juga ya!. Mungkin itu satu kepuasan untuk mencipta anganan tentang dirinya yang lain. Menyuakan cerita manis tentang keperkasaan dirinya, tentang kehebatan dirinya atau tentang kemunculan dirinya yang sentiasa menjadi pujaan wanita. Bak kata seorang teman mungkin sang lelaki sudah bosan makan `kentucky', mahu cari kelainan lalu beralih pada `mc donald' pula. Aargh! Bagi aku itu alasan tipikal dan satu escapism yang sengaja dicipta lelaki. Terkadang aku bertanya setakat mana yang boleh dicerita. Bagi perempuan yang naif pasti jatuh tersungkur mendengar cerita hebat sang jejaka. Walaupun siber tapi web cam menjadi penghubungnya, betulkan! Kebenaran dan ketulenan cerita sang jejaka usah dipercaya bulat-bulat kerana sesiapa pun boleh menjadi sesiapa di dalam alam siber. Mahu jadi pria tampan, kacak, bu...

ANAK....ANAK...

Tadi aku telefon sekolah menengah cyberjaya tempat anak sulung aku sekolah. Sekadar nak check kenapa dia tak nak ke sekolah. Kata guru kelasnya dia tak ada apa2 masalah. Okey sahaja. Nak jadi cerita, pada hari khamis dan jumaat katanya seluar sekolah dia hilang. Puas aku cari dari satu almari ke satu almari. Dari bawah katil ke satu katil. Pendek kata satu rumahlah aku geledah. Tak juga jumpa. Kata bibik, seluar tu ilang di ampaian. Pelik pula aku rasa. Alih-alih ahad malam isnin dah jumpa semula. So, aku confident ler ari isnin dia akan ke sekolah. Tiba-tiba anak aku yang nombor dua telefon, katanya seluar abang ilang lagi. Aik...baru pagi tadi aku letak di dalam bilik baju. Macam mana boleh ilang. Aku pun membebel ler. Pesan suruh tengok banyak kali. Ok tak per aku kata. Tunggu ibu balik nanti ibu cari aku kata kat anak aku. Sampai sajer rumah aku membebel. Cari punya cari rupanya ada kat bawah katil. Aku jadi musykil, ni macam nak buat alasan seluar sekolah ilang. Dah jumpa aku kat...

Lama benar tidak menulis

Terasa rindu pada dunia penulisan yang kian menyepi dari diri. Bukan sengaja atau merajuk tetapi masa untuk aku bergebang di dalam blog terlalu payah sekali. Untuk mencari waktu yang selesa dan santai pun bukannya mudah. Hari ini aku terpanggil untuk menulis sesuatu. Melepas rindu dendam pada keyboard sambil memerah otak memikirkan apa yang ingin aku persembahkan. Bukan tak seronok dengan pekerjaan baru tetapi senarionya yang berbeza membawa aku tenggelam dalam dunianya. Untuk aku mendalami bidang tugasan baru yang perlukan rentak tari baru memerlukan aku turut sama berlagu dengannya. Oh ya! Sementelah bulan Syawal masih ada, ingin sekali aku berkongsi cerita raya. Bila sudah berkeluarga dan beranak pinak; anak-anaklah yang paling seronok menyambutnya. Dan bagi aku dan suami, anak-anaklah menghidupkan suasana raya kami. Beli belah pun ala kadar tetapi keseronokkan di wajah mereka melihat baju baru dan kasut baru itulah yang menghib...

Dia yang ku kenali dari dulu, kini dan selamanya

Pertama kali mengenali dia, saya tidak pernah terfikir untuk melangkah sebegini jauh. Usahkan itu, membayangkan hidup di kelilingi keluarga besar pun langsung tiada. Tetapi Allah itu maha agung, kita tidak tahu rahsiaNya.Akhirnya saya dan dia bersatu jua selepas mengharungi pelbagai rintangan dan tentangan. Saya percaya jika itu jodoh saya, biar ke mana pun kita, berapa kali pun terlerai ikatan kasih, hujung-hujungnya bertemua jua. Mengenali dia sebagai seorang lelaki yang bijak berkata-kata, berwawasan dan berkeyakinan tinggi namun paling mencabar digilai ramai perempuan. Satu cabaran bagi saya kerana saya dan dia umpama langit dan bumi. Kami berbeza penampilan. Saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Tidak agresif hatta tidak aktif dalam sebarang sukan. Tetapi dia, gemar bersukan, meminati muzik dan mudah tersentuh hati pada mereka yang memerlukan. Dia yang saya kenali dahulu jauh berbeza kerana waktu berjaya mengubah dirinya menjadi lebih matang dalam menempuhi kehidupan selepa...

Berdebar-debar

Petang nanti tepat jam 4 aku akan menghadiri satu temuduga. Dah lama aku tidak melalui saat ini. Sudah berbelas tahun lamanya aku tidak menghadiri sesi temuduga. Terakhir ketika aku dipanggil untuk kerja aku sekarang. Iskh...dah lama dah, ni yang buat aku tak senang duduk. Ni aku belum cakap dengan cik abang lagi pasal perancangan nak tukar kerja. Bukan senang nak buat keputusan kerana banyak perkara perlu diambil kira. Paling penting soal anak2 sebab tak naklah kerja sampai keluarga terabai. Sekali fikir seronok juga nak berubah kerjaya, Dua kali fikir aku jadi takut. Sebab bimbang x dapat nak deliver the job. Post yang aku minta pun lain daripada yang apa aku lakukan sekarang. Paling tidak aku kena korbankan masa yang selama ini aku nikmati dengan senang. Ya lah kerja sekarang aku kerap keluar tapi untuk jawatan baru memerlukan aku di pejabat. Aku akan cuba sedaya upaya. Experienced lalu banyak mengajar aku berdepan dengan orang so aku harap aku tidak gabra dan ya...aku harus l...

Dilema

Mahu kekal dengan kedudukan sekarang atau keluar dari sini dan mencari sesuatu yang baharu? Itulah persoalan yang saya hadapi sekarang. Bersama kerjaya sekarang yang saya bina bertahun lamanya sudah wujud satu keselesaan. Tetapi keselesaan itu belum cukup teguh untuk kita berangan dengan tempoh perkhidmatan yang telah saya harungi kerana belum tentu superior kita beranggapan sedemikian Nyata saya berada di pihak yang tidak beruntung kerana superior saya sentiasa mengganggap sebaliknya. Anggapannya itu melemahkan saya sebagai pekerja yang sentiasa memandang positif dengan apa jua yang saya lakukan. Bukan penghargaan yang saya minta tetapi memadailah dengan mengakui bahawa saya hari ini dan saya 13 tahun yang lalu sudah jauh ke depan. Tetapi sayangnya anggapan dan tanggapannya tidak pernah luntur. Sentiasa berfikir saya berada di tahap 13 tahun yang lalu. Sedangkan keupayaan dan kematangan berfikiran saya sudah jauh berubah. Tetapi saya biarkan sahaja kerana percaya bahawa kalau superior...

Siapa Mangsa Dan Pemangsa...

Tulisan: Haslinda Hassan Gambar: Ikram Ramli Nama: Intan Rafiza Abu Bakar Lulusan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Ijazah Seni Halus Pameran Terpilih: 2007 * IGAGALIST 07 – Pembukaan Kafe Bau-Bau & Rice Cooker Shop, Central Market Annexe; * Bakat Muda Sezaman, BSLN * Pancawarna Seni Rupa – Kasih, A samad Said, Galeri Pelita Hati 2006 · Art and Earth – Young Artist Award, Gudang Damansara Jaya; · Performance Art for Tribute To Jeri – BSLN 2005 · Art, Festival dan Fundraising `Food Not Bomb Malaysia’ Human Right Day, Lost Generation Space; · Art Exhibition (Group) On The Way, Seksan Gallery. 2004 · Performance Art (Collarboration with Indonesian Art Group), BSLN · Road Show Exhibition Bluepoproject, Kedai Kebun Forum, Jogjakarta, Indonesia. Dari mula belajar sehingga ke hari ini, Intan Rafizah Abu Bakar selesa membikin karya seni berkisarkan emosi. Beliau senang mengetengahkan isu atau unsur yang dekat dengan dirinya. Kejujuran beliau di dalam berkarya tidak ada niat untuk mengk...

Warning!Tapir Crossing

Nama: Ahmad Shukri Mohamed Umur: 39 Asal: Kelantan Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Pencapaian: 2002-2003 - Residen Artis di Rimbun Dahan Selangor 2001 – Anugerah Juri, Anugerah Seni Malaysia Philip Morris di Balai Seni Lukis Negara 1999 – Lima Pemenang Terbaik, Anugerah Seni Malaysia Philip Morris Group of Companies. 1997 – Anugerah Utama “Instalasi” Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara. Pameran terpilih: 2007 – Grand Opening – Warning! Tapir Crossing bersama Umibaizurah Mahir @ Ismail. Patisatustudio, Puncak Alam, Selangor. 2006 – Grand Opening – Semar Art Gallery, Surabaya. Indonesia. - 18@8 - Artis Kontemporari Malaysia. Karachi – Kuala Lumpur. Karachi, Pakistan. 2005 – Pameran bersama Kumpulan Matahati; 2nd Tupada International Art Festival, Sambalikhan, Filipina – Mager Project. Anting-anting + Matahati, Pinto Art Gallery, Antipolo City, Rizal, Filipina. 2004 – Art Singapore 2004, Suntec City dan ...

Cerita Seorang Teman

Assalamualaikum... Intai dah boring menulis benda-benda yang rigid. Intai teringin pula nak jadi blogger. Ya lah sana sini sibuk dengan blogging. La ni semua orang dah ada blog. Intai pun nak juga. Sekurang-kurangnya intai boleh menulis apa yang intai suka. Intai ni pengguna setia perkhidmatan awam. Hari-hari naik bas dan jumpa orang yang sama. Kalau anak intai suka tengok cerita Geng Bas Sekolah, Intai pun ada geng juga; Geng Bas Rapid KL69. Waktu sekian-sekian, intai akan jumpa orang ni. Kalau intai keluar lewat, intai akan bertemu dengan orang itu. Pendek kata, seronok juga ada Geng Bas Rapid KL69 nih. Dapat juga berbual dan mendengar cerita lain daripada hal-hal opis. Kawan intai seorang ni dah jumpa minat baru. Dia dok gila tanam pokok. Intai respect kat dia sebab duduk apartment tapi dia masih boleh duk tanam pokok. Yang intai duduk rumah bertanah pun belum tentu mata segar di kelilingi pokok. bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walau tanah sekangk...