Posts

Showing posts from February, 2009

ANAK....ANAK...

Tadi aku telefon sekolah menengah cyberjaya tempat anak sulung aku sekolah. Sekadar nak check kenapa dia tak nak ke sekolah. Kata guru kelasnya dia tak ada apa2 masalah. Okey sahaja. Nak jadi cerita, pada hari khamis dan jumaat katanya seluar sekolah dia hilang. Puas aku cari dari satu almari ke satu almari. Dari bawah katil ke satu katil. Pendek kata satu rumahlah aku geledah. Tak juga jumpa. Kata bibik, seluar tu ilang di ampaian. Pelik pula aku rasa. Alih-alih ahad malam isnin dah jumpa semula. So, aku confident ler ari isnin dia akan ke sekolah. Tiba-tiba anak aku yang nombor dua telefon, katanya seluar abang ilang lagi. Aik...baru pagi tadi aku letak di dalam bilik baju. Macam mana boleh ilang. Aku pun membebel ler. Pesan suruh tengok banyak kali. Ok tak per aku kata. Tunggu ibu balik nanti ibu cari aku kata kat anak aku. Sampai sajer rumah aku membebel. Cari punya cari rupanya ada kat bawah katil. Aku jadi musykil, ni macam nak buat alasan seluar sekolah ilang. Dah jumpa aku kat