Posts

Showing posts from December, 2009

SUDAH LAMA TAK MEMBLOG

Sudah lama tak menjenguk blog. Selepas berpindah ke tempat baru, langsung tidak ada masa nak menulis apa2. Aku kembali ke pentas kewartawanan semula. Bezanya aku menulis untuk portal. Dulu magazine, memang jauh benarlah bezanya. Mula-mula tu blur, ya la bila bos dan it department dok asyik tanya aku k lin direction, navigation ape ke benda lagi. Rupa aku masa tu agaknya macam cicak berak kapur. Apa ke bendanya? Mula2 interview dah minta aku buat direction. Aku pun buat ler direction ala2 magazine. Yang tu tak per la buat on paper. Bila dah masuk kerja aku lagi la blur sebab semua on web. Nasib baik la depa paham. La ni baru la paham sikit. Dulu ada bos lagi satu atas aku. La ni aku la kepala. Kalau kepala pun dah melilau, ekor telahlah lagi, bengkang bengkok la jawabnya. Tapi Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari teman-teman yang lain dapatlah aku belajar. Dan sekarang aku dah nampak direction dan navigation aku nak bawa ke mana setiap artikel yang aku dan anak2 buah tulis. Dunyahala