Posts

Showing posts from March, 2009

Indah Khabar dari Rupa

Kenapa manusia yang rasa dirinya hebat, lagak macho, perempuan serata alam tapi hakikatnya takut pada bayang-bayangnya sendiri. Hah! Hebat sangatkah dia? Itulah yang aku nilai pada seorang teman mesra tapi renggang...Hahaha....selalunya teman tapi mesra...tapi aku lain pula halnya. Aku pun naik heran kenapa takut sangat sehingga memulau aku untuk melihat segala aktiviti dirinya di alam siber. Rasanya diri aku tidaklah sejaguh mana sekadar seorang ibu biasa-biasa sahaja. Aku fikir kehadiran aku tidak mungkin akan mencalar segala aktiviti sibernya. Siapa aku untuk mengganggu-gugat hidupnya. Hanya sekadar memerhati dari jauh tapi kalau takut dilambung ombak kenapa berumah di tepi pantai. Benarlah kata orang tidur sebantal tapi mimpi lain-lain....

Sabarlah duhai teman

Sabarlah duhai teman, Jangan diturut hati yang lara, Jangan ditangisi kasih yang hilang, Jangan dikesal dengan apa yang terjadi. Sabarlah duhai teman, Aku tahu deritamu, Aku tahu sengsaramu, Kerana aku juga seperti mu.... Hilang segalanya... Hilang semuanya... Tatkala bibirnya menyebut... Kasihnya tertumpah pada wanita lain....

Taksub

Kenapa lelaki terlalu taksub dengan chatting? Apa yang dicari sebenarnya. Kalau yang bujang aku fahamlah untuk mencari pasangan hidup tetapi lelaki yang dah berkahwin kekadang heran juga ya!. Mungkin itu satu kepuasan untuk mencipta anganan tentang dirinya yang lain. Menyuakan cerita manis tentang keperkasaan dirinya, tentang kehebatan dirinya atau tentang kemunculan dirinya yang sentiasa menjadi pujaan wanita. Bak kata seorang teman mungkin sang lelaki sudah bosan makan `kentucky', mahu cari kelainan lalu beralih pada `mc donald' pula. Aargh! Bagi aku itu alasan tipikal dan satu escapism yang sengaja dicipta lelaki. Terkadang aku bertanya setakat mana yang boleh dicerita. Bagi perempuan yang naif pasti jatuh tersungkur mendengar cerita hebat sang jejaka. Walaupun siber tapi web cam menjadi penghubungnya, betulkan! Kebenaran dan ketulenan cerita sang jejaka usah dipercaya bulat-bulat kerana sesiapa pun boleh menjadi sesiapa di dalam alam siber. Mahu jadi pria tampan, kacak, bu