Posts

Showing posts from May, 2023
Penjenamaan semula    Mencari kelainan kita perlu berubah dan perubahan itu pastinya memberi impak positif kepada orang di sekeliling  kita.  Dalam situasi  ekonomi semasa negara yang dipengaruhi iklim ekonomi sedunia yang tidak memberangsangkan  apa pilihan yang kita ada, sama ada  terus kekal berada di dalam senarionya atau pun  mencari alternatif lain  untuk bergerak  ke depan.   Jika tidak,  apa  yang diusahakan selama ini akan berakhir begitu sahaja. Apakah wajar untuk dibiarkan sahaja   jenama yang dibina itu  terus tenggelam atau bangkit menongkah arus memperkenal semula dan mengukuh keberadaan  produk yang diusahakan itu masih relevan di pasaran.  Walhal bukan mudah untuk dibangunkan. Bermula dari titik kosong yang tiada apa-apa sehingga menjadi siapa kita pada  hari ini.   Lumrah manusia, apabila melihat sesuatu yang lama pada jangka masa  panjang mata dan rasa sudah sebati dengan apa yang ada. Ia tidak lagi memberi kesan kepada yang memandangnya. Maka, untuk kekal berad