Posts

Showing posts from February, 2012

Saya, saya dan saya

Saya tidak pernah berkata tidak. Sejujurnya saya seorang yang sangat positif walau diri ini hampir tersungkur jatuh. Saya percaya pada takdir, saya percaya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Mengerti tentang kesengsaraan hamba-Nya. Saya akur jika perjalanan hidup saya begini. Saya penat untuk meminta, saya penat untuk mencari, saya penat untuk bertarung kasih, saya penat untuk memilikinya. Biar waktu saja yang menentukan bagaimana kisah hidup saya akan berakhir. Saya bahagia menjadi saya yang tidak peduli dengan apa yang dilakukannya. Saya bahagia untuk tidak mahu tahu tentang kisah cintanya. Saya bahagia hidup dikelilingi rakan-rakan. Saya bahagia kerana hidup saya sentiasa dalam jagaan-Nya. Saya bahagia dalam cara saya sendiri. Saya lelah untuk memikirkan segalanya. Satu hari cinta itu akan hadir juga. Saya percaya!