Daulat Tuanku!..Daulat Tuanku!...Daulat Tuanku!
Alhamdulillah. Tuanku Sultan Abdul Halim kembali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14. Sebagai rakyat Kedah, saya berbangga kerana Baginda ditabalkan untuk kali kedua di bawah pemimpin yang berbeza. Jika dulu di bawah Tun Razak kini Baginda kembali meneraju negara di bawah kepemimpinan anaknya, Najib Tun Razak. Moga Malaysia terus makmur dan aman damai.