Cerita Seorang Teman
Assalamualaikum... Intai dah boring menulis benda-benda yang rigid. Intai teringin pula nak jadi blogger. Ya lah sana sini sibuk dengan blogging. La ni semua orang dah ada blog. Intai pun nak juga. Sekurang-kurangnya intai boleh menulis apa yang intai suka. Intai ni pengguna setia perkhidmatan awam. Hari-hari naik bas dan jumpa orang yang sama. Kalau anak intai suka tengok cerita Geng Bas Sekolah, Intai pun ada geng juga; Geng Bas Rapid KL69. Waktu sekian-sekian, intai akan jumpa orang ni. Kalau intai keluar lewat, intai akan bertemu dengan orang itu. Pendek kata, seronok juga ada Geng Bas Rapid KL69 nih. Dapat juga berbual dan mendengar cerita lain daripada hal-hal opis. Kawan intai seorang ni dah jumpa minat baru. Dia dok gila tanam pokok. Intai respect kat dia sebab duduk apartment tapi dia masih boleh duk tanam pokok. Yang intai duduk rumah bertanah pun belum tentu mata segar di kelilingi pokok. bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walau tanah sekangk...