Cerita Seorang Teman
Assalamualaikum...
Intai dah boring menulis benda-benda yang rigid. Intai teringin pula nak jadi blogger. Ya lah sana sini sibuk dengan blogging. La ni semua orang dah ada blog. Intai pun nak juga. Sekurang-kurangnya intai boleh menulis apa yang intai suka. Intai ni pengguna setia perkhidmatan awam. Hari-hari naik bas dan jumpa orang yang sama. Kalau anak intai suka tengok cerita Geng Bas Sekolah, Intai pun ada geng juga; Geng Bas Rapid KL69.
Waktu sekian-sekian, intai akan jumpa orang ni. Kalau intai keluar lewat, intai akan bertemu dengan orang itu. Pendek kata, seronok juga ada Geng Bas Rapid KL69 nih. Dapat juga berbual dan mendengar cerita lain daripada hal-hal opis.
Kawan intai seorang ni dah jumpa minat baru. Dia dok gila tanam pokok. Intai respect kat dia sebab duduk apartment tapi dia masih boleh duk tanam pokok. Yang intai duduk rumah bertanah pun belum tentu mata segar di kelilingi pokok. bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walau tanah sekangkang kera tapi kalau dah minat, yang kecil pun boleh nampak hebat.
Hari-hari kalau jumpa dia, pasti tak jemu dengar dia cerita. Ada sahaja yang nak dikhabarkan pada intai. Dia tanam pokok apa, bagi baja apa. Begitu, begini dan segala macam hal lagi lah yang kami bualkan.
Baru-baru ni katanya, daun pokok dia dah tumbuh lebat. Mungkin hasil kerajinan dia menyiram dengan air basuhan ikan dan air basuhan beras. Seronok tengok dia happy. Intai ketawa jer....Ya lah, tengok kawan seronok intai pun tumpang suka hati juga.
Tapi katanya, cuaca panas akhir-akhir ni buatkan pokok dia macam layu sedikit. Daun banyak yang gugur. Intai pun pesan kat dia, rajin-rajinlah jirus pokok. Pokok pun nak air juga macam kita.
Cerita bab pokok ni, intai kalau pi rumah orang yang ada taman cukup kagum. Intai pernah pi satu rumah ni. Rumah teres lot tengah jer. Tetapi oleh kerana minat dan kerajinan dia seisi keluarga, dia mampu buat taman dan kolam mandi kecil dengan menarik sekali.
Dia kata, dia buat sikit-sikit. Dia tanam pokok dulu baru buat yang lain. Bukan apa, bila semua siap, pokok dia nampak dah matang dan tentunya cantik. Hampir 200 spesies ada kat halaman rumahnya. Banyak kan!

Comments