Posts

Showing posts from April, 2009

Kasih Aisyah...

Image
Aku terharu kerana kasih seorang anak bisa membuka mata dan hati aku. Tulisan anak kecil berusia 7 tahun ini benar-benar mencuri hati aku. Terasa sebak kerana anak sekecil ini bisa mengerti perasaan ibunya. Gambar aku memakai tudung dengan kata-kata `i luv u mom' meruntun jiwa aku kerana selama ini aku fikirkan anak perempuan tunggal aku seperti anak2 lain. Tidak mengerti apa yang aku rasa. Tapi tafsiran aku salah. Aisyah keletah, bijak tetapi sangat manja. Paling menyedihkan kata-kata yang ditulisnya itu, biarpun tulisannya tidak seindah mana, tapi bait ayatnya menggegarkan jiwa raga aku. Kerana dia sebenarnya memahami apa yang aku rasa.....

Bintang...Akukah itu?

Bintang...akukah itu? Bersendirian memeluk rindu, Mendakap rasa yang hanya tinggal sisa, Bintang...akukah itu? Menanti mu saban malam, Mengharap kemilau cahayamu, Terus menyinar hidupku yang makin kelam, Bintang...akukah itu? Sabar mengharap kau akan datang, Menemani malam-malam suram ku, Bintang...akukah itu?

Bintang Dakaplah Daku

Bintang engkau di mana? Mana cahaya mu aku tidak nampak bintang? Kau lari dari aku kah bintang? Kau pun macam dia juga tidak sayang aku lagi? Bintang? Bintang....Bintang.... Dakaplah daku...Aku takut bintang.... Kelam sungguh malam ini bintang Bintang? Kenapa engkau tidak berkelip seperti selalu Engkau merajuk pada akukah bintang? Janganlah bintang, aku tidak mahu bersendirian Bintang tunjuklah gemerlap mu Aku rindu pada cahaya mu...

Apakah Yang Aku Rasa?

Image
Tinggal beberapa hari lagi, diri ini akan menginjak ke angka 40. Satu usia yang aku sendiri tidak pernah terfikir bagaimana aku pada usia itu. Nah! Sekarang aku hampir mendekati angka itu. Apakah yang aku rasa? Entah aku sendiri sukar untuk menjawabnya. Takutkah aku? Tidak juga. Bimbangkah aku? Entahlah. Yang pasti wajah mulus anak-anak yang paling kerap terbayang di mata aku. Aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan usia aku supaya aku diberi ruang waktu untuk meninggalkan sedikit bekalan dunia dan akhirat untuk mereka. Kepada anak-anak ku, Ibu tidak punya harta yang menimbun untuk ditinggalkan buat kalian. Ibu sentiasa berdoa moga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan sentiasa berjuang ke jalan Allah. Dunia tidak menjanjikan apa-apa. Buat anak-anak lelaki ku, Hiduplah kalian sebagai hamba Allah yang sentiasa rindukan kebesaranNYA, yang sentiasa ingat akan kehebatanNYA. Jadilah seorang lelaki yang ada sifat-sifat pemaaf, sifat-sifat pemalu kerana dengan adanya sifat pemalu kalian t...