Posts

Showing posts from August, 2009

Kisah Sang Kekasih Gelap

Amarahnya menyirna mataku, Membusung hanyir kebencian, Hamburan ayatnya menjelakkan aku, Senja itu menjadi saksi, Pada bait sms yang dilontarkannya, Merabak ritihan hatinya, Agar aku pilu pada luka sengsaranya, Sebegitu rapuhnya harga diri sang dara, Demi cinta..rela meruntuhkan segala yang ada, Aku terkesima mendengarnya, Moga ALLAH membuka pintu keampunan buatnya.

Harapan Seorang Kekasih Gelap

Katanya aku hipokrit, Hanya bijak mencanai janji, Mahunya status kekasih gelap dilenyapkan, Dirungkai menjadi sebahagian daripada aku, Tapi sampai mati aku tidak bisa menerimanya, Sisi gelapnya bisa memualkan aku.

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Salam teman sekalian, Pejam celik, waktu sudah hampir menginjak ke bulan Ramadhan. Bulan yang menguji kita zahir dan batin. Inilah waktunya untuk kita perhebatkan amalan. Bagi yang berhajat mengadakan kenduri menyambut bulan Ramadhan,berbuka puasa atau jamuan moreh, Katering Sajian Nur Manis ada menawarkan khidmat untuk majlis tersebut. Bukan itu sahaja, malah Katering Sajian Nur Manis juga menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis dan keraian termasuklah majlis perkahwinan, majlis makan malam tahunan, majlis sukan tahunan, majlis perasmian, hari keluarga dan sebagainya. Selain sajian menu tradisional dan barat yang membuka selera, Katering Sajian Nur Manis juga menyediakan khidmat kanopi pelbagai rupa dan warna mengikut tema serta selera pelanggan. Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman web Katering Sajian Nur Manis di www.sajiannurmanis.com atau hubungi 03-80632451. Visi dan misi kami adalah menjadi syarikat katering bumiputera yang unggul dalam mengekalkan keasli...

GADIS HINGUSAN...

Gadis, Apa mahu mu? Aku sedang bertanya pada mu! Ayuh!Jawab. Engkau mahu dia bukan?

Di Kaki Langit

Di kaki langit aku berdiri, Merenung sedetik kemelut hidup ini, Bersendirian tanpa cinta, Apakah aku bisa bangkit semula? Dari sisa runtuhnya kota cinta, Yang dibina tatkala hati masih mentah,

FRASA HIDUP SEBAGAI AKU YANG BARU

Salam sejahtera teman-teman, Hari ini aku melalui frasa hidup yang berbeza. Sekian lama hidup makan gaji, hari ini bermula aku mengorak langkah sebagai seorang aku. Aku berdoa kepada ALLAH supaya permudahkan perjalanan hidup aku. Terasa ada kebebasan dalam diri ini. Semoga aku tidak tersalah langkah....