SUDAH LAMA TAK MEMBLOG

Sudah lama tak menjenguk blog. Selepas berpindah ke tempat baru, langsung tidak ada masa nak menulis apa2. Aku kembali ke pentas kewartawanan semula. Bezanya aku menulis untuk portal. Dulu magazine, memang jauh benarlah bezanya. Mula-mula tu blur, ya la bila bos dan it department dok asyik tanya aku k lin direction, navigation ape ke benda lagi. Rupa aku masa tu agaknya macam cicak berak kapur.

Apa ke bendanya? Mula2 interview dah minta aku buat direction. Aku pun buat ler direction ala2 magazine. Yang tu tak per la buat on paper. Bila dah masuk kerja aku lagi la blur sebab semua on web. Nasib baik la depa paham. La ni baru la paham sikit.

Dulu ada bos lagi satu atas aku. La ni aku la kepala. Kalau kepala pun dah melilau, ekor telahlah lagi, bengkang bengkok la jawabnya.

Tapi Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari teman-teman yang lain dapatlah aku belajar. Dan sekarang aku dah nampak direction dan navigation aku nak bawa ke mana setiap artikel yang aku dan anak2 buah tulis.

Dunyahalal.com inilah tempat kerja baru aku. Nun jauh di Taman Shamelin Perkasa. Kembali ke
sarang lama. Aku dulu duduk kat Pandan Indah lebih kurang lapan tahun sebelum berpindah ke putra perdana, puchong.

Walaupun jauh tapi aku rasa bahagia sebab aku kembali ke dunia penulisan semula. Dunia yang mengujakan aku.

Aku berdoa pada Allah supaya sentiasa memberikan aku ilham untuk menulis, memberikan aku buah fikiran yang bernas dan menjadi aku seorang yang bersemangat waja dalam mengharungi liku-liku hidup.

Semoga kejayaan menjadi milik aku. Amin.

Comments

ennieva fauzi said…
Syabas kak lyn...kembali ke kerja yang sesuai dengan jiwa. Saya memang tak pernah meragui kebolehan kak lyn...saya rasa kak lyn mampu berjaya...malah nama kak lyn lebih harum dari dulu. Amin.
ennieva fauzi said…
hai kakak, bersawang dah blog nih...bila mau update daaaa...

Popular posts from this blog

Apakah Yang Aku Rasa?

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Selamat Tahun Baru 2011