Taksub
Kenapa lelaki terlalu taksub dengan chatting? Apa yang dicari sebenarnya. Kalau yang bujang aku fahamlah untuk mencari pasangan hidup tetapi lelaki yang dah berkahwin kekadang heran juga ya!. Mungkin itu satu kepuasan untuk mencipta anganan tentang dirinya yang lain.
Menyuakan cerita manis tentang keperkasaan dirinya, tentang kehebatan dirinya atau tentang kemunculan dirinya yang sentiasa menjadi pujaan wanita.
Bak kata seorang teman mungkin sang lelaki sudah bosan makan `kentucky', mahu cari kelainan lalu beralih pada `mc donald' pula.
Aargh! Bagi aku itu alasan tipikal dan satu escapism yang sengaja dicipta lelaki.
Terkadang aku bertanya setakat mana yang boleh dicerita. Bagi perempuan yang naif pasti jatuh tersungkur mendengar cerita hebat sang jejaka. Walaupun siber tapi web cam menjadi penghubungnya, betulkan!
Kebenaran dan ketulenan cerita sang jejaka usah dipercaya bulat-bulat kerana sesiapa pun boleh menjadi sesiapa di dalam alam siber. Mahu jadi pria tampan, kacak, bujang dan bergaya itu semua bisa ditonjolkan dalam bahasa dan kata-kata manis.
Cerita seorang teman, dirinya hampir terpedaya kerana cerita sang jejaka yang begitu petah menyusun ayat. Kata jejaka itu lagi, dirinya masih bujangan tidak punya tanggungjawab lain kerana dunia hanya pada kerjayanya sahaja. Dan si gadis ini mengganggap segala yang diperkatakan lelaki ini benar belaka. Akhirnya satu persatu terlerai dan nasib baik si gadis ini bijak menyusun langkah.

Comments
Berdoa lah banyak-banyak,kak. InsyaAllah doa insan-insan yang teraniaya pasti dimakbulkan Tuhan. Amin.