Indah Khabar dari Rupa

Kenapa manusia yang rasa dirinya hebat, lagak macho, perempuan serata alam tapi hakikatnya takut pada bayang-bayangnya sendiri.

Hah! Hebat sangatkah dia? Itulah yang aku nilai pada seorang teman mesra tapi renggang...Hahaha....selalunya teman tapi mesra...tapi aku lain pula halnya. Aku pun naik heran kenapa takut sangat sehingga memulau aku untuk melihat segala aktiviti dirinya di alam siber. Rasanya diri aku tidaklah sejaguh mana sekadar seorang ibu biasa-biasa sahaja.

Aku fikir kehadiran aku tidak mungkin akan mencalar segala aktiviti sibernya. Siapa aku untuk mengganggu-gugat hidupnya. Hanya sekadar memerhati dari jauh tapi kalau takut dilambung ombak kenapa berumah di tepi pantai.

Benarlah kata orang tidur sebantal tapi mimpi lain-lain....

Comments

Popular posts from this blog