Aku terharu kerana kasih seorang anak bisa membuka mata dan hati aku. Tulisan anak kecil berusia 7 tahun ini benar-benar mencuri hati aku. Terasa sebak kerana anak sekecil ini bisa mengerti perasaan ibunya. Gambar aku memakai tudung dengan kata-kata `i luv u mom' meruntun jiwa aku kerana selama ini aku fikirkan anak perempuan tunggal aku seperti anak2 lain. Tidak mengerti apa yang aku rasa. Tapi tafsiran aku salah. Aisyah keletah, bijak tetapi sangat manja. Paling menyedihkan kata-kata yang ditulisnya itu, biarpun tulisannya tidak seindah mana, tapi bait ayatnya menggegarkan jiwa raga aku. Kerana dia sebenarnya memahami apa yang aku rasa.....
Hey perempuan tolol! Sudah engkau siapkan apa mahuku? Hey perempuan bodoh! Sudah engkau lakukan apa suruhanku? Hey perempuan dungu! Sudah engkau ingati apa pesanku? Hey lelaki durjana! Aku bukan tolol! Hey lelaki durjana! Aku bukan bodoh dan aku juga bukan dungu! Teriaklah engkau sehabis daya. Bodoh aku...tolol aku...dungu aku... Tidak pernah sesekali aku lupa siapa Pencipta aku!
Comments