Siapa Mangsa Dan Pemangsa...

Tulisan: Haslinda Hassan
Gambar: Ikram Ramli


Nama: Intan Rafiza Abu Bakar
Lulusan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Ijazah Seni Halus

Pameran Terpilih:

2007
* IGAGALIST 07 – Pembukaan Kafe Bau-Bau & Rice Cooker Shop, Central Market Annexe;
* Bakat Muda Sezaman, BSLN
* Pancawarna Seni Rupa – Kasih, A samad Said, Galeri Pelita Hati

2006
· Art and Earth – Young Artist Award, Gudang Damansara Jaya;
· Performance Art for Tribute To Jeri – BSLN

2005
· Art, Festival dan Fundraising `Food Not Bomb Malaysia’ Human Right Day, Lost Generation Space;
· Art Exhibition (Group) On The Way, Seksan Gallery.

2004
· Performance Art (Collarboration with Indonesian Art Group), BSLN
· Road Show Exhibition Bluepoproject, Kedai Kebun Forum, Jogjakarta, Indonesia.









Dari mula belajar sehingga ke hari ini, Intan Rafizah Abu Bakar selesa membikin karya seni berkisarkan emosi. Beliau senang mengetengahkan isu atau unsur yang dekat dengan dirinya. Kejujuran beliau di dalam berkarya tidak ada niat untuk mengkisahkan hal dirinya tetapi ia sebenarnya satu pernyataan beliau kepada khalayak dalam berkongsi pengalaman yang dilaluinya.
Pun di awal beliau menyiapkan karya PERTAMAnya itu, beliau sejujurnya memilih warna putih. Namun putih itu katanya bagaikan menyingkap ketulusan dirinya lalu beliau kembali untuk menyembunyikan dirinya melalui warna.
Naluri keperempuanan tidak dapat dikikis kerana itu karyanya lebih cenderung kepada sifat sedemikian. Keinginan untuk kasih mengasihi dan katanya cerita semasa juga mempengaruhi beliau di dalam berkarya.
Katanya kala masyarakat resah dengan kisah Adik Nurin Jazlin dan Altantunya, dirinya tidak terkecuali daripada memikirkanya. Lalu karya Sleeping Beauty diabadikannya kerana kebaikan dan kecantikan belum pasti diri terselamat. Lazimnya kaum hawa yang sering menjadi mangsa kepada pemangsa. Seperti mana karya Terbang, Perempuan-perempuan serta Siapa Mangsa dan Objeknya?
Menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Galeri Shah Alam, pada awal tahun ini Intan tampil bersama pameran berjudul `PERTAMA’, bersesuaian dengan penampilan solo pertamanya itu.
Mempertaruhkan seni batik sebagai bahan untuk beliau bereksperimentasi, Intan tidak menyangkal bahawa percubaannya itu mungkin sudah ada yang pernah menghasilkannya. Katanya lagi batik harus melalui proses yang terperinci jika inginkan motif tertentu itu disampaikan dengan sempurna.
Secara peribadi saya melihat Intan seperti menambah rencah di dalam batik kerana umum mengetahui batik sentiasa tampil cantik dan indah. Intan seolah menyingkap perihal disebalik cantik itu bahawa wujud pancaroba, onar, kegembiraan, keperitan dan sebagainya yang terkandung di dalam emosi seorang bergelar manusia.
Lantas di atas batik itu diundangnya unsur lain seperti tampalan kain, jahitan jelujur dan motif origami sebagai pernyataan pada pergelutan kehidupan yang tidak pernah molek.
Katanya lagi pengalaman menyertai NGO membuka ruang dan peluang untuk beliau mendekati manusia pelbagai latar baik pemikiran, pekerjaan, pengalaman dan sebaginya. Peluang mengikuti proses pilihan raya di Ijok dan Aghanistan itulah kemudiannya digarap semula di dalam karya PERTAMAnya itu. Karya Vote For Me antara yang melaporkan perihal pengalaman yang dilaluinya itu.
Intan percaya bahawa setiap karya itu perlu ada cerita kerana seorang pelukis tidak wajar berbicara kosong. Baginya penghayat mesti ditinggalkan dengan persoalan agar ada satu hubungan dua hala antara pelukis dan penghayat.
Memetik tulisan Rina Shukor, “Karya-karya Intan Rafiza terdapat kepelbagaian simbol yang cenderung kepada imaginasi yang aktif, iaitu salah satu teori pernah dikemukakan oleh Carl Jung yang menyatakan seseorang itu ibarat terikat kepada pengalaman di bawah sedar dan kemudiannya dapat menggambarkan imej sebagai satu kandungan pada sesuatu permukaan.
Karya-karya yang dihasilkan oleh Frida Kahlo telah dijadikan rujukan yang mana sedikit sebanyak telah mempengaruhi pelukis Intan Rafiza, khususnya dari segi penggunaan simbol, konsep dan idea. Frida sendiri ialah seorang pelukis wanita tersohor di Mexico yang banyak bercerita tentang hubungannya dengan mereka yang terdekat dalam hidupnya. Mereka ini termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan, suami dan juga bayi dalam kandungannya. Sejarah hidup beliau yang penuh dengan kesedihan turut memuatkan diri sendiri sebagai subjek dalam kebanyakan karyanya.”

Comments

Anonymous said…
Biarlah saya menjadi orang pertama yang memberikan komen sebab saya kan ke adik kak lin hehehe...

Saya tertarik betul dengan Siapa Mangsa dan Pemangsa sebab dalam realitinya ini benar2 berlaku...Pengalaman membuktikan segalanya tetapi apapun sabar lah ye...SABAR..

MISS ENNIEVA
Anonymous said…
Hi SIs..

-Miss Ennieva-
Miss Ennieva said…
Hi Sis..banyakkan la tulis pasal diri sis...baru syok baca..
Linda Hassan said…
tq for supporting me... nanti sis tulis banyak2 pasal diri ....

Popular posts from this blog

Apakah Yang Aku Rasa?

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Selamat Tahun Baru 2011