Aku dan Hari Ini....
Jumaat penghulu segala hari. Aku terima takdir hidup dengan penuh keredhaan. Jika ini ketentuan Mu, aku akur. Segala kepayahan ini aku terima seadanya namun sesekali pun tidak pernah meluntur semangat aku untuk terus berjuang.
Aku bermuhasabah melihat diri ini dengan sejujurnya kerana ada waktu aku bagaikan hanyut dengan sirna dunia. Jika ini ujian dari Mu, aku tahu Engkau menduga hamba yang khaliq ini.
Kerna aku tahu sepahit mana, sedalam mana pun dugaan Mu pada hamba Mu ini, aku tahu Engkau mahu aku kembali ke jalan yang benar.

Comments