Assalamualaikum....dah berkurun tak menjengah blog sendiri.. Banyak kali nak menulis tapi tak tertulis-tulis juga....hopefully hari ini permulaan kepada langkah seterusnya.
Apakah Yang Aku Rasa?
Tinggal beberapa hari lagi, diri ini akan menginjak ke angka 40. Satu usia yang aku sendiri tidak pernah terfikir bagaimana aku pada usia itu. Nah! Sekarang aku hampir mendekati angka itu. Apakah yang aku rasa? Entah aku sendiri sukar untuk menjawabnya. Takutkah aku? Tidak juga. Bimbangkah aku? Entahlah. Yang pasti wajah mulus anak-anak yang paling kerap terbayang di mata aku. Aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan usia aku supaya aku diberi ruang waktu untuk meninggalkan sedikit bekalan dunia dan akhirat untuk mereka. Kepada anak-anak ku, Ibu tidak punya harta yang menimbun untuk ditinggalkan buat kalian. Ibu sentiasa berdoa moga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan sentiasa berjuang ke jalan Allah. Dunia tidak menjanjikan apa-apa. Buat anak-anak lelaki ku, Hiduplah kalian sebagai hamba Allah yang sentiasa rindukan kebesaranNYA, yang sentiasa ingat akan kehebatanNYA. Jadilah seorang lelaki yang ada sifat-sifat pemaaf, sifat-sifat pemalu kerana dengan adanya sifat pemalu kalian t...
Comments