Selamat Tahun Baru 2011

Salam dan selamat menyambut tahun baru 2011. Moga kehadiran tahun 2011 memberi kita semua keberkatan, kebaikan dan perjalanan kerjaya, hidup dan sebagainya. Moga segala-galanya berjalan dengan lancar.

Tahun ni dua anak aku nak ambik periksa, PMR dan UPSR. Hopefully kedua-duanya dapat membuat yang terbaik untuk diri mereka. Sebagai ibu, aku sentiasa berdoa supaya anak-anak aku sentiasa berada dalam jagaan-Nya dan lindungan-Nya. Moga nur keimanan mengiringi kehidupan anak-anakku.

Permulaan tahun baru 2011, moga apa yang dihajati tercapai jua. Tahun 2010 memberi aku kebahagian yang tak ternilai. Aku berharap 2011 juga seperti tahun sebelumnya. Bagi aku sebagai hamba-Nya aku akur dengan takdir dan dugaan yang diberikan-Nya pada aku. Sebagai hamba-Nya, aku bersyukur kerana Allah sentiasa melindungi aku dan mendengar apa yang aku minta selama ini.

Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku bahagia dengan apa yang diberikan-Nya. Amin...

Comments

ennieva fauzi said…
selamat tahun baru kak Lyn..semoga kita semua bahagia ye...amin

Popular posts from this blog