Aku tak mahu tangisi lagi ...

Tiada lagi kenangan indah untuk ku abadikan,
Sekadar momen luka sarat menutupi segenap pelusuk  hati,
Cerita cinta silam kian menghilang,
Menghapus rasa kasih, menghanyut segala rindu,
Membunuh segala rasa yang ada,

Aku tak ingin mengenangnya lagi,
Biar masa membawa aku ke mana saja,
Aku tak mahu bertapa lagi dihati mu,
Biar semuanya mati, biar semuanya pergi,
Biar tiada yang tinggal, sedikit pun aku tidak mahu,

Aku tak mahu tangisi lagi.....

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Aku Rasa?

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Selamat Tahun Baru 2011