Apakah Yang Aku Rasa?




Tinggal beberapa hari lagi, diri ini akan menginjak ke angka 40. Satu usia yang aku sendiri tidak pernah terfikir bagaimana aku pada usia itu. Nah! Sekarang aku hampir mendekati angka itu. Apakah yang aku rasa? Entah aku sendiri sukar untuk menjawabnya.

Takutkah aku? Tidak juga. Bimbangkah aku? Entahlah. Yang pasti wajah mulus anak-anak yang paling kerap terbayang di mata aku. Aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan usia aku supaya aku diberi ruang waktu untuk meninggalkan sedikit bekalan dunia dan akhirat untuk mereka.


Kepada anak-anak ku,

Ibu tidak punya harta yang menimbun untuk ditinggalkan buat kalian. Ibu sentiasa berdoa moga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan sentiasa berjuang ke jalan Allah. Dunia tidak menjanjikan apa-apa.

Buat anak-anak lelaki ku,

Hiduplah kalian sebagai hamba Allah yang sentiasa rindukan kebesaranNYA, yang sentiasa ingat akan kehebatanNYA. Jadilah seorang lelaki yang ada sifat-sifat pemaaf, sifat-sifat pemalu kerana dengan adanya sifat pemalu kalian tidak akan menjadi seorang insan yang angkuh dan lupa diri. Moga hidup kalian sentiasa diberkati Allah.

Hayatilah hidup ini dengan penuh keimanan.

Buat anak perempuan ku,

Hiasi diri mu dengan sifat kemulian, rasa rendah diri dan keinsafan. Jadilah anak yang soleh dan moga hidup mu sentiasa diberkati Allah.


Kepada suamiku,

Dalam melewati hidup ini jangan dilupa pada hidup yang hakiki. Kerana Allah masih memberi engkau waktu untuk memperbaiki segala kesilapan yang pernah engkau lakukan. Renung dan hayati nilai kekeluargaan yang masih engkau genggam. Tapi jangan sampai semuanya terlerai dari genggaman engkau...kerana ketika saat engkau menyedarinya....semuanya sudah terlambat.....

Jangan dikesal apa yang terjadi.....

Comments

rynas said…
kak lin banyakkan bersabar dan kuatkan semnagt. saya tahu kak lin mmg org yg tabah dr dulu sampai skang. moga tuhan melindungi kak lin untuk terus membesarkan anak-anak.
Cik Elie said…
Salam sayang kakakku...kak lin wanita hebat pernah saya jumpa...

Popular posts from this blog

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Selamat Tahun Baru 2011