Berakhirnya kepayahan seorang ibu dan isteri...

Jam tangan menghampiri pukul 6 petang. Aku kelam kabut mengemas beg dan segala macam harta untuk aku bawa pulang ke rumah. Dalam perjalanan menuju ke bus stop, aku terima panggilan telefon dari mak. Katanya Ngah dah tak ada selepas berdepan dengan pelbagai komplikasi.

Cerita mak, doktor dah memanggil anak-anak ngah maklumkan arwah hanya ada 50-50 untuk hidup. Kata doktor kalau nak bawa pulang pun eloklah juga. Mereka pun berbincang dan setuju untuk membawa pulang arwah. Pun dalam sibuk mengurus tempat dan sebagainya satu panggilan telefon dari hospital mengejutkan semua memberitahu arwah sudah tiada lagi.

Aku yang mendengarnya berasa sebak kerana akhir-akhir ini aku jarang sekali menziarahi sanak saudara. Kalau pulang pun memerap kat rumah mak. Malas nak berjalan ke mana-mana.

Tiba-tiba aku seperti kembali ke zaman kanak-kanak. Terngiang-ngiang suara ngah yang pekat dengan pelat siamnya. Tiap kali musim menanam dan menuai padi Ngah akan datang ke kampung kami di Tokai sebab rumah arwah atuk dan wan pun di situ juga. Jauh ngah datang, dari Asun.

Aku rindu pada masa-masa itu. Selalunya ngah akan melayan karenah adik. Adik kuat berangan dan bercerita. Kata adik dia akan beli rumah beroda sebab senang nak bergerak. Ngah mesti ketawa dan ketawa.

Orangnya sangat baik. Kenapa? Kesanggupannya menjaga suaminya yang sakit mental. Dengar cerita Pak Ngah sakit sebab tersampuk semasa orang membaca jampi serapah untuk membuat persembahan hadrah. Entahlah aku pun tak tahu.

Ngah setia dengan Pak ngah. Seingat aku pak ngah sakit dah lama. Selama aku mengenalinya. Tetapi ngah tidak pernah mengabaikan pak ngah selalu dijaganya. Dan kami anak-anak buah jika ke rumah Ngah tidak pernah sesekali rasa takut dengan pak ngah walaupun akan kedengaran suaranya ketawa dan bercakap sendirian. Bila ditanya pak ngah siapa yang dilihatnya katanya ada orang dok menari...

Aku akan merindui ngah untuk selama-lamanya......AL-Fatihah untuk arwah.

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Aku Rasa?

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Selamat Tahun Baru 2011