Sampai Bila

Aku bertanya pada diriku...
Kapan lagi akan ku simpan cerita lama
Dalam kamar hati ku ini,
Akukah yang terlalu melankolik,
Atau terlalu sakit untuk kulenyapkan semua itu dari rongga hati ini.

Mahu ku toleh saja ke belakang,
Tapi terasa ada tangan yang memegang kepalaku,
Bisiknya... jangan dipaling kepala mu,
Tiada lagi yang perlu dikenang,

Biarkan sahaja cerita itu mati,
Biarkan sahaja jiwanya kacau,
Biarkan sahaja jiwanya meronta,
Biarkan sahaja semua itu...
Biarkan sahaja dia meraung...
Biarkan sahaja gema hatinya menyongsang angin senja
Biarkan sahaja.....

Matikan sahaja, noktahkan sahaja cerita semalam,
Biar jiwa mu tenteram,
Biar mati mu dalam keredhaan-NYA .



Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Aku Rasa?

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Selamat Tahun Baru 2011