Cerita kuih lama

Argh! Bila kerja dah habis....mula la nak mentenet, itu pun dalam jangka waktu yang terhad sebelum time pulang. Lain benar kerja waktu malam, sekian lama kerja waktu siang tetiba tukar waktu.

Sebenarnya menyeronokkan. Opis pun tak ramai orang cuma tinggal kami saja. Sekali bersidang kat pantry, cam nak pecah floor berita harian. Cerita kaum ibu, hal anak2 hinggalah soal kuih-kuih lama.

Cerita pasal kuih lama, teringat kuih buatan tok. Sedap dan tahan lama. Teringat kuih bahulu, kuih bakar, peneram, macam2 lagi la kuih lama yang langsung dah tak ingat. Bila fikir balik memang rugi sangat2 sebab tak belajar buat kuih lama2 ni.

Ingat lagi tiap kali nak raya, tok mesti buat kuih lama2. Tepung dikisar sendiri, disangrai dan baru dibuat kuih. Tu yang tahan lama.

Paling suka kuih putu kacang. Memang sedap sangat. Kalau tengok ramuan memang tak banyak tapi nak buat dia tu yang cerewet. Sampai sekarang aku tetap cari kuih putu kacang. Tapi tak seenak org dulu-dulu buat.

Aku rindu sekali saat itu. Mahu saja kembali ke zaman tu..

Comments

avicennaxan said…
nana jugak xtau semua kuih yg kita discuss..hehe

Popular posts from this blog