Dilema

Mahu kekal dengan kedudukan sekarang atau keluar dari sini dan mencari sesuatu yang baharu? Itulah persoalan yang saya hadapi sekarang. Bersama kerjaya sekarang yang saya bina bertahun lamanya sudah wujud satu keselesaan. Tetapi keselesaan itu belum cukup teguh untuk kita berangan dengan tempoh perkhidmatan yang telah saya harungi kerana belum tentu superior kita beranggapan sedemikian

Nyata saya berada di pihak yang tidak beruntung kerana superior saya sentiasa mengganggap sebaliknya. Anggapannya itu melemahkan saya sebagai pekerja yang sentiasa memandang positif dengan apa jua yang saya lakukan.

Bukan penghargaan yang saya minta tetapi memadailah dengan mengakui bahawa saya hari ini dan saya 13 tahun yang lalu sudah jauh ke depan. Tetapi sayangnya anggapan dan tanggapannya tidak pernah luntur. Sentiasa berfikir saya berada di tahap 13 tahun yang lalu. Sedangkan keupayaan dan kematangan berfikiran saya sudah jauh berubah.

Tetapi saya biarkan sahaja kerana percaya bahawa kalau superior saya tidak sudi memandang kemajuan saya biarlah orang luar sahaja yang menilainya.

Saya sayang kerjaya kini kerana berjaya mendidik saya menjadi seorang yang optimis dan sedia melakukan apa sahaja kecuali apabila saya berdepan dengan masalah keluarga, saya perlu mengutamakan keluarga yang sememangnya menuntut perhatian saya.


Andaikata dalam waktu terdekat saya disuakan dengan satu pilihan lain berkemungkinan saya akan pergi. Fikir saya sudah tiba masanya saya mengorak langkah ke dalam bidang lain.

Cuma saya perlu keyakinan diri yang tinggi dan keputusan saya itu seperti kata teman saya `no turning back. Coz saya kena face it no matter how.

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Aku Rasa?

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Selamat Tahun Baru 2011