Berdebar-debar
Petang nanti tepat jam 4 aku akan menghadiri satu temuduga. Dah lama aku tidak melalui saat ini. Sudah berbelas tahun lamanya aku tidak menghadiri sesi temuduga. Terakhir ketika aku dipanggil untuk kerja aku sekarang. Iskh...dah lama dah, ni yang buat aku tak senang duduk.
Ni aku belum cakap dengan cik abang lagi pasal perancangan nak tukar kerja. Bukan senang nak buat keputusan kerana banyak perkara perlu diambil kira. Paling penting soal anak2 sebab tak naklah kerja sampai keluarga terabai.
Sekali fikir seronok juga nak berubah kerjaya, Dua kali fikir aku jadi takut. Sebab bimbang x dapat nak deliver the job. Post yang aku minta pun lain daripada yang apa aku lakukan sekarang. Paling tidak aku kena korbankan masa yang selama ini aku nikmati dengan senang. Ya lah kerja sekarang aku kerap keluar tapi untuk jawatan baru memerlukan aku di pejabat.
Aku akan cuba sedaya upaya. Experienced lalu banyak mengajar aku berdepan dengan orang so aku harap aku tidak gabra dan ya...aku harus laluinya dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan diri.
Semoga aku berjaya.

Comments