Warning!Tapir Crossing

Nama: Ahmad Shukri Mohamed
Umur: 39
Asal: Kelantan
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Pencapaian:

2002-2003 - Residen Artis di Rimbun Dahan Selangor

2001 – Anugerah Juri, Anugerah Seni Malaysia Philip Morris di Balai Seni Lukis Negara

1999 – Lima Pemenang Terbaik, Anugerah Seni Malaysia Philip Morris Group of Companies.

1997 – Anugerah Utama “Instalasi” Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara.


Pameran terpilih:

2007 – Grand Opening – Warning! Tapir Crossing bersama Umibaizurah Mahir @ Ismail. Patisatustudio, Puncak Alam, Selangor.

2006 – Grand Opening – Semar Art Gallery, Surabaya. Indonesia.

- 18@8 - Artis Kontemporari Malaysia. Karachi – Kuala Lumpur. Karachi, Pakistan.

2005 – Pameran bersama Kumpulan Matahati; 2nd Tupada International Art Festival, Sambalikhan, Filipina

– Mager Project. Anting-anting + Matahati, Pinto Art Gallery, Antipolo City, Rizal, Filipina.

2004 – Art Singapore 2004, Suntec City dan Convention Centre. Singapura.

- Continuities, Contemporary Art of Malaysia At The Turn of The 21st Century, Guandong Museum of Art, China.





Nama: Umibaizurah Mahir @ Ismail
Umur: 32
Asal: Johor
Lulusan: Ijazah Sarjana Muda Seni Reka dan Seni Lukis (Seramik), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Pencapaian:

2005 – National Arts Council Arts Grant. Singapura

2004 – Lima Pemenang Terbaik. Arca Tanah liat. Kolaborasi bersama Kanak-kanak, Tokoname City Culture Hall, Tokoname, Aichi, Jepun.

1999 – Anugerah Juri, Anugerah Seni Philip Morris Malaysia, Balai Seni Lukis Negara.

Pameran terpilih:

2007 - Seramik Kontemporari Asia, Balai Seni Lukis Negara.

– Out of The Mould – The Age Of Statement. Galeri Petronas.

2006 – . Artis Kontemporari Malaysia. Kuala Lumpur – Karachi. Karachi, Pakistan.

- Art Invitational. Bank Negara Malaysia.

- Feed Me! An Exploration of Appetites. Art For Nature. Rimbun Dahan.

- TOYS. Pameran bersama dengan Ahmad Shukri Mohamed. Galeri Wei Ling.


2005 – Pop Culture . Galeri Maya

- Takung. Balai Seni Lukis Negara.

- Form – ing Materials and Processes. Pameran bersama Ahmad Abu Bakar, Sculpture Square, Singapura.




Masing-masing dengan medium tersendiri. Jika Ahmad Shukri Mohamed menterjemahkan apa yang dipandang, dirasa dan dihayatinya ke permukaan kanvas, Umibaizurah Mahir @ Ismail menggemakan rasa hatinya melalu seramik.
Bersandarkan kepakaran di dalam bidang tersendiri, kedua-duanya tampil untuk memperkatakan isu pembangunan dan globalisasi dalam disiplin masing-masing. Menerusi pameran bersama yang diadakan di studio mereka, baik Ahmad Shukri mahupun Umibaizurah melihat kedua-dua perkara itu telah mengubah pemikiran, gaya hidup, perjuangan hak termasuklah isu jantina dalam diri seseorang. Selain membangkitkan isu yang lebih menjurus seperti kepenggunaan, pembentukan produk baru dan sebagainya.
Justeru itu, sebelum 2007 melabuh tirai, pasangan suami isteri ini yang dianugerahi minat serupa bersepakat berkongsi pandangan dan luahan hati mereka bersama khalayak menerusi pameran bersama Warning! Tapir Crossing yang buat pertama kalinya diadakan di ruang studio mereka, Patisatustudio. Berpusat di kediaman mereka di Puncak Alam.
Menurut Ahmad Shukri, Rimbun Dahan adalah rujukan dan asas terdekat yang mendorong kepada terzahirnya Patisatustudio. Ruang yang menjadi tempat beliau dan isterinya menghabiskan masa berkarya, juga berfungsi sebagai tapak mereka mempamerkan karya sendiri.
“Studio gayanya lebih santai dan terbuka. Sekali gus mendekatkan penghayat dengan perjalanan seni kami. Malah kami juga berhasrat untuk melaksanakan program artis residen di Patisatustudio kelak. Selain menjadikan studio ini sebagai pusat contemporary ceramic/sculpture,” terang Ahmad Shukri lagi.
Meskipun Patisatustudio terletak agak jauh dari ibukota, namun baginya jarak bukanlah penghalang terbesar daripada dikunjungi penggiat seni tampak. Pun sewaktu pameran Warning!Tapir Crossing sedang berlangsung masih ramai penghayat seni tampak hadir memberi sokongan kepada Ahmad Shukri dan Umibaizurah.
“Pameran Warning!Tapir Crossing, mengambil tapir sebagai metafora dalam menyingkap sikap manusia yang terlalu mementingkan pembangunan sehingga sanggup memusnahkan alam semula jadi. Ini yang saya lihat seawall kawasan Puncak Alam dibangunkan. Sekali gus ia telah mengganggu habitat haiwan yang menghuni hutan berkenaan. Ini yang berlaku kepada lima ekor tapir yang saya temui mati dilanggar kenderaan,” jelas Ahmad Shukri kenapa tapir diangkat sebagai subjek utama di dalam karyanya itu.
Kebanyakan karya di dalam pameran Warning!Tapir Crossing berkisarkan kritikan sosial yang dibangkitkan melalui warna-warna yang singgah di dada kanvas.
Menerusi karya utamanya, Warning!Tapir Crossing, Ahmad Shukri menghasilkan lima ekor tapir di atas lima kanvas yang sarat dengan puluhan nombor plat kereta. Pun nombor berkenaan sekadar ditulis separuh sahaja sebagai satu simbolik.
Begitu juga dengan karya Adam versus Astro-naut. Ahmad Shukri cuba membangkitkan pemikiran materialistik. Adam sebagai subjek yang mewakili kanak-kanak pada hari ini yang tidak ketinggalan mengalami perubahan paradigma kesan daripada globalisasi dan pembangunan. Katanya, kanak-kanak hari ini tidak lagi mengenap apa itu permainan tradisional kerana mereka semakin teruja dengan dunia siber khususnya internet.
Umibaizurah, walaupun langkahnya sedikit lambat daripada suaminya yang sudah lama menempa nama lewat MATAHATI, namun karyanya juga tidak kurang hebat. Beliau antara penggiat seni tampak wanita yang semakin dikenali. Juga aktif di dalam pelbagai pameran sama ada di peringkat nasional mahupun antara bangsa.
Umibaizurah mengupas isu globalisasi dengan lebih terperinci melalui aspek kewanitaan dan kepenggunaan. Tanah liat, porselin, teracota dan stoneware adalah medium utamanya. Melalui pameran bersama itu, beliau banyak mengetengahkan beberapa pendekatan baru dalam menganalisa makna kewanitaan dan kepenggunaan berdasarkan kepada perubahan paradigma dalam masyarakat selepas wujudnya globalisasi (memetik rencana penulis seni dan wartawan, Azman Ismail).
Malah Umibaizurah juga memanfaat sepenuhnya simbol dalam memperkatakan mengenai perubahan yang berlaku di seluruh dunia dan perubahan masyarakat yang terhasil kesan daripada globalisasi dan pembangunan. Antara karyanya ialah kuda mini yang menggambarkan kemajuan teknologi dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh alam semula jadi, masyarakat dan kewangan.
Ibu kepada dua anak ini, membawa imej baru dalam dunia seni seramik. Biarpun tampak seperti barangan mainan namun keupayaan karya seramiknya untuk berdiri sebagai objek yang boleh berkata-kata itu yang lebih mustahak.
Hakikatnya, apa yang ingin ditegaskan oleh Ahmad Shukri dan Umibaizurah ialah kepentingan menghargai budaya tempatan, gaya hidup setempat dan makna intrinsik.
Sebanyak 38 karya di dalam pameran Warning!Tapir Crossing yang mengandungi ekspresi dan makna globalisasi di dalam masyarakat kita. Melalui medium masing-masing kedua-dua mereka mempersembahkan karya seni yang tidak terbilang ini bagi mengingatkan kita supaya terus mempertahankan budaya dan alam sekitar daripada ditelan arus globalisasi yang tidak kenal sempadan.

Comments

Popular posts from this blog