Posts

Showing posts from 2009

SUDAH LAMA TAK MEMBLOG

Sudah lama tak menjenguk blog. Selepas berpindah ke tempat baru, langsung tidak ada masa nak menulis apa2. Aku kembali ke pentas kewartawanan semula. Bezanya aku menulis untuk portal. Dulu magazine, memang jauh benarlah bezanya. Mula-mula tu blur, ya la bila bos dan it department dok asyik tanya aku k lin direction, navigation ape ke benda lagi. Rupa aku masa tu agaknya macam cicak berak kapur. Apa ke bendanya? Mula2 interview dah minta aku buat direction. Aku pun buat ler direction ala2 magazine. Yang tu tak per la buat on paper. Bila dah masuk kerja aku lagi la blur sebab semua on web. Nasib baik la depa paham. La ni baru la paham sikit. Dulu ada bos lagi satu atas aku. La ni aku la kepala. Kalau kepala pun dah melilau, ekor telahlah lagi, bengkang bengkok la jawabnya. Tapi Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari teman-teman yang lain dapatlah aku belajar. Dan sekarang aku dah nampak direction dan navigation aku nak bawa ke mana setiap artikel yang aku dan anak2 buah tulis. Dunyahala...

Mengutip Semangat Kengkawan

ari ni aku terlambat ke office. alih-alih bila datang office pintu berkunci. one of the staff went out. so aku pi makan then lepak kat cc sekejap. browsing aper yang patut. nak buat novel storage ada tapi isi cerita tertinggal kat laptop.. so aku kat sini duk merapu meraban sekejap. di keliling teenagers from very young age. all are malays. bila lepak kat sini aku teringat kat anak2 aku. depa pun macam ni juga ka kalau ke cc. gila main game dengan bauan yang kurang enak menusuk hidung. aku sedang berfikir aku nak mula biz juga. somehow i have to move rather than wait and see. well let's move it linda..or else u'll left behind. go linda go...hehehe...sendiri bagi semangat daa.....

comelnya kek cupcakekasih

saya sempat browsing blog cupcakekasih...menarik and fantastic. so successfull kak jun in her bizness. i envy her for her today. she really doing well after so many years in the journalism. well kak jun, if i have a time, i really wish i can drop by to ur place and see and share ur secret of success. who says journalist cannot do bizness? she has prove it. hopefully i will follow her.

LOVE ME ONCE, LOVE ME FOR ALL

Love me once, Love me for all, Here I sit, Wonder if love still exist, Love me once, Love me for all, Here I sit, Thinking of you, Love me once, Love me for all, Here I sit, Playing a card, Wonder who will win, Love me once, Love me for all, Here I sit, Blaming her for her selfish, Blaming me for letting this happen, Love me once, Love me for all, Here I sit, With love in my heart, For me, kids n him.......

Berakhirnya kepayahan seorang ibu dan isteri...

Jam tangan menghampiri pukul 6 petang. Aku kelam kabut mengemas beg dan segala macam harta untuk aku bawa pulang ke rumah. Dalam perjalanan menuju ke bus stop, aku terima panggilan telefon dari mak. Katanya Ngah dah tak ada selepas berdepan dengan pelbagai komplikasi. Cerita mak, doktor dah memanggil anak-anak ngah maklumkan arwah hanya ada 50-50 untuk hidup. Kata doktor kalau nak bawa pulang pun eloklah juga. Mereka pun berbincang dan setuju untuk membawa pulang arwah. Pun dalam sibuk mengurus tempat dan sebagainya satu panggilan telefon dari hospital mengejutkan semua memberitahu arwah sudah tiada lagi. Aku yang mendengarnya berasa sebak kerana akhir-akhir ini aku jarang sekali menziarahi sanak saudara. Kalau pulang pun memerap kat rumah mak. Malas nak berjalan ke mana-mana. Tiba-tiba aku seperti kembali ke zaman kanak-kanak. Terngiang-ngiang suara ngah yang pekat dengan pelat siamnya. Tiap kali musim menanam dan menuai padi Ngah akan datang ke kampung kami di Tokai sebab rumah arwah...

+MINUS 4 YEARS - aku mengerti kini....

Membaca blognya aku seperti mula memahami segalanya. Mengerti semua perjalanan hidup aku yang selama +minus 4 years lalu berada dalam persoalan. Akhirnya ku temui satu jawapan yang hakiki pada empunya blog. Mencerita segala rasa hatinya pada seseorang dan aku membacanya dalam satu kepayahan. Mengunyah semua ceritanya tentang sidia yang terlalu bermakna pada dirinya dan diri aku. Kutelan semuanya walaupun inti ceritanya perlahan-lahan membunuh aku. Mendesak minda aku mencongak semula perjalanan selama +minus 4 years itu dalam kerangka yang melemaskan aku. Aku semakin mengerti kini...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri teman-teman semua. Maaf terlambat wish. Tahun ni giliran pulang ke kuching sarawak. 15hb September kami dah tiba di bumi kenyalang. Awal dan teramat awal kami pulang raya kali ni. Anak-anaklah yang paling best sekali pulang ke kampung. Terpaksalah ponteng sekolah tapi apa nak buat tiket kapal terbang dah tak ada. Itu aja tarikh yang ada. Raya di Kuching jauh berbeza dari di semenanjung. Kek lapis menjadi hidangan tradisi warga sarawak. Dan aku sendiri pun dah tak terkejar nak ingat nama pelbagai jenis kek lapis di sini. Macam2 nama dan rupa. Sedap-sedap belaka. Terkini kek lapis cheese. Wah! Sedap sungguh rasanya. Sebelum pulang ke Kuching dah ada yang pesan, minta dibawa pulang kek lapis. Mungkin esok baru aku nak keluar cari kek lapis Rabiah. Itu yang aku tahu, kek lapis paling sedap di Kuching. Empat anak2 aku dan suami serta adik ipar udah keluar gi memancing. Itu aktiviti suami aku kalau pulang ke kuching. Dalam pada tu, aku teringat sangat kat mak d...

Kisah Sang Kekasih Gelap

Amarahnya menyirna mataku, Membusung hanyir kebencian, Hamburan ayatnya menjelakkan aku, Senja itu menjadi saksi, Pada bait sms yang dilontarkannya, Merabak ritihan hatinya, Agar aku pilu pada luka sengsaranya, Sebegitu rapuhnya harga diri sang dara, Demi cinta..rela meruntuhkan segala yang ada, Aku terkesima mendengarnya, Moga ALLAH membuka pintu keampunan buatnya.

Harapan Seorang Kekasih Gelap

Katanya aku hipokrit, Hanya bijak mencanai janji, Mahunya status kekasih gelap dilenyapkan, Dirungkai menjadi sebahagian daripada aku, Tapi sampai mati aku tidak bisa menerimanya, Sisi gelapnya bisa memualkan aku.

KATERING SAJIAN NUR MANIS PENTINGKAN KEASLIAN CITA RASA MASAKAN

Salam teman sekalian, Pejam celik, waktu sudah hampir menginjak ke bulan Ramadhan. Bulan yang menguji kita zahir dan batin. Inilah waktunya untuk kita perhebatkan amalan. Bagi yang berhajat mengadakan kenduri menyambut bulan Ramadhan,berbuka puasa atau jamuan moreh, Katering Sajian Nur Manis ada menawarkan khidmat untuk majlis tersebut. Bukan itu sahaja, malah Katering Sajian Nur Manis juga menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis dan keraian termasuklah majlis perkahwinan, majlis makan malam tahunan, majlis sukan tahunan, majlis perasmian, hari keluarga dan sebagainya. Selain sajian menu tradisional dan barat yang membuka selera, Katering Sajian Nur Manis juga menyediakan khidmat kanopi pelbagai rupa dan warna mengikut tema serta selera pelanggan. Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman web Katering Sajian Nur Manis di www.sajiannurmanis.com atau hubungi 03-80632451. Visi dan misi kami adalah menjadi syarikat katering bumiputera yang unggul dalam mengekalkan keasli...

GADIS HINGUSAN...

Gadis, Apa mahu mu? Aku sedang bertanya pada mu! Ayuh!Jawab. Engkau mahu dia bukan?

Di Kaki Langit

Di kaki langit aku berdiri, Merenung sedetik kemelut hidup ini, Bersendirian tanpa cinta, Apakah aku bisa bangkit semula? Dari sisa runtuhnya kota cinta, Yang dibina tatkala hati masih mentah,

FRASA HIDUP SEBAGAI AKU YANG BARU

Salam sejahtera teman-teman, Hari ini aku melalui frasa hidup yang berbeza. Sekian lama hidup makan gaji, hari ini bermula aku mengorak langkah sebagai seorang aku. Aku berdoa kepada ALLAH supaya permudahkan perjalanan hidup aku. Terasa ada kebebasan dalam diri ini. Semoga aku tidak tersalah langkah....

Ombak Rasa

Getar suaranya memberi isyarat, Masih ada cahaya kasih di dalam dirinya, Sebermula aku menyebut nama itu, Aku tidak lagi gentar, Meskipun bertalu-talu ada suara kecil, Mengingatkan aku akan rona sebenar dirinya, Tidak seharum mawar, tidak semanis gula tetapi pahit bak hempedu.

Aku dan Hari Ini....

Jumaat penghulu segala hari. Aku terima takdir hidup dengan penuh keredhaan. Jika ini ketentuan Mu, aku akur. Segala kepayahan ini aku terima seadanya namun sesekali pun tidak pernah meluntur semangat aku untuk terus berjuang. Aku bermuhasabah melihat diri ini dengan sejujurnya kerana ada waktu aku bagaikan hanyut dengan sirna dunia. Jika ini ujian dari Mu, aku tahu Engkau menduga hamba yang khaliq ini. Kerna aku tahu sepahit mana, sedalam mana pun dugaan Mu pada hamba Mu ini, aku tahu Engkau mahu aku kembali ke jalan yang benar.

Should I or Should I not...

Should I stand or, Should I sit, Should I walk or , Should I ran, Should I laugh or, Should I cry, Should I Or Should I not...

If I have a time

If I have a time, I will shout to the world, I love you forever and ever, If I have a time, I will sing you a song, Till you closed your eyes, If I have a time, I will stay beside u, Share your dreams, If I have a time, I will be your wings, Flying higher and higher, If I have a time, If I have a time..... Thousands thing I want to do for you.... Just for you....

aku, aku...aku ...dan aku....

aduh sungguh membosankan hari ini...tinggal dua hari ajer aku kat sini. tapi rasa cam bertahun-tahun. Selepas ini aku akan terlibat sebagai perancang kewangan, sambil-sambil tu buat kerja-kerja translation kalau ada.. aku percaya rezeki ada di mana-mana selagi kita rajin mencarinya. Pasti ALLAH tidak akan menghampakan hambaNYA. Aku redha dan mungkin ada hikmah kerana selama ini aku selalu berkata sampai bila aku nak makan gaji. mungkin ini petunjuk daripada NYA. Amin ya rabbul al amin ...

ANAK SI PENJUAL NASI LEMAK

Dekatilah anak itu, dekatilah dia, Lihatlah sepertimana kamu melihat anak sendiri. Ada kepedihan bukan? Ya! Ada kesayuan dalam hatinya. Ada kehilangan pada dirinya. Lara jiwanya menjemput aku menghampirinya. Akan aku kongsi kesengsaraan itu, Biarpun sedikit.. Tapi aku tahu laranya kian membuang ke dasar waktu.

PUNGGUK YANG SETIA

PUNGGUK.....jangan ditenung bulan itu! PUNGGUK...usah diharap pada bulan lagi! PUNGGUK...jangan kau alpa dengan terangnya cahaya bulan. PUNGGUK...lihatlah ke bumi! PUNGGUK...biar hitam pekat, itulah realitinya! PUNGGUK...jangan diharap pada kasihnya orang! PUNGGUK...nanti merana hatimu! PUNGGUK...PUNGGUK...PUNGGUK... Aku kasihan melihat mu!

KASIH AIN DELAILA

BAB SATU Bila hati mula diratah cemburu, cinta yang bersemi menjadi taruhan.... Delaila tersenyum sungging melihat sekeping nota bertulis tangan berada di lantai sebaik pintu bilik asramanya dibuka. `Malam ini jangan lupa datang ke studio Hakim’. Wajah Delaila yang tadinya senyum, tiba-tiba masam mencuka. Dirinya tertanya-tanya untuk apa Hakim memintanya datang ke studio kalau kasihnya masih bercabang-cabang. Untuk apa Delaila harus ke sana kalau dirinya belum tentu menjadi kekasih sebenar Hakim. Delaila tahu, bukan mudah untuk dia melupakan Hakim. Anak muda berkumis tipis, berperawakan riang dan berimej `bad boy’berjaya mencuri hati keras Delaila yang selama ini menutup kemas hatinya daripada menyintai mana-mana lelaki pun. Delaila sedar bukan dirinya sahaja yang tertawan dengan sikap nakal Hakim, tetapi ramai gadis sefakulti Hakim menaruh hati kepadanya. Sambil tangan membuka tudung, mata Delaila merenung ke jendela. Terdengar keluhan kecil dari bibir comelny...

BODOH! TOLOL! DUNGU...!

Hey perempuan tolol! Sudah engkau siapkan apa mahuku? Hey perempuan bodoh! Sudah engkau lakukan apa suruhanku? Hey perempuan dungu! Sudah engkau ingati apa pesanku? Hey lelaki durjana! Aku bukan tolol! Hey lelaki durjana! Aku bukan bodoh dan aku juga bukan dungu! Teriaklah engkau sehabis daya. Bodoh aku...tolol aku...dungu aku... Tidak pernah sesekali aku lupa siapa Pencipta aku!

Mahu Apa Lagi Dia.....

Mahu apa lagi dia.... Fikirku cerita itu sudah selesai... Sudah ada noktahnya. Mahu apa lagi dia.... Sudah ku bilang... Apa pun terjadi aku tetap di sini... Mahu apa lagi dia... Menyiksa aku dalam diam... Melunyai kesetiaan aku.... Kerana aku tidak seperti mereka!

Bermula detik baru

Tinggal dua minggu lagi aku kat sini. Lepas ni aku angkat kaki, bawa diri dan mulakan kerjaya baru. Sama ada aku bergerak sendirian atau pun bekerja makan gaji itu belum tentu lagi. Masih mencari tapi aku percaya ketentuan Ilahi. Rezeki tetap ada di mana-mana. Yang pasti usaha dan sokongan orang tersayang. Aku perlu bertindak bijak, berfikiran waras dan mencari yang terbaik dalam hidup ini. Argh! Penat! Mungkin tak kut! Doakan yang terbaik untuk aku ya teman-teman...

ALAHAI DANISH HAMDANI @ ACIK...

Mohamad Danish Hamdani, anak ketiga aku. Seorang yang cerdik tetapi kepala angin. Kata orang kalau putih katanya, putihlah jawabnya. Dah dua minggu lebih tak nak ke sekolah. Pening kepala aku. Apalah nak jadi dengan acik ni. Puas aku pujuk pagi tadi. Macam-macam aku cakap nak panggil cikgu la..nak ajak guru besar datanglah. Alih-alih dia yang mengamuk sakan. Sampai pancing ayahnya pun dah dibaling ke tangga. Aku apalagi pakai tudung, ambil beg terus ke ofis. Dah buntu kepala otak ni nak fikir. Balik nanti nak suruh ayah dia pulak pujuk. Kalau tak boleh esok petang, kami berdua kena pergi sekolah. Kalau dibiarkan sampai sudah tak nak ke sekolah. Acik...acik........

Kasih Aisyah...

Image
Aku terharu kerana kasih seorang anak bisa membuka mata dan hati aku. Tulisan anak kecil berusia 7 tahun ini benar-benar mencuri hati aku. Terasa sebak kerana anak sekecil ini bisa mengerti perasaan ibunya. Gambar aku memakai tudung dengan kata-kata `i luv u mom' meruntun jiwa aku kerana selama ini aku fikirkan anak perempuan tunggal aku seperti anak2 lain. Tidak mengerti apa yang aku rasa. Tapi tafsiran aku salah. Aisyah keletah, bijak tetapi sangat manja. Paling menyedihkan kata-kata yang ditulisnya itu, biarpun tulisannya tidak seindah mana, tapi bait ayatnya menggegarkan jiwa raga aku. Kerana dia sebenarnya memahami apa yang aku rasa.....

Bintang...Akukah itu?

Bintang...akukah itu? Bersendirian memeluk rindu, Mendakap rasa yang hanya tinggal sisa, Bintang...akukah itu? Menanti mu saban malam, Mengharap kemilau cahayamu, Terus menyinar hidupku yang makin kelam, Bintang...akukah itu? Sabar mengharap kau akan datang, Menemani malam-malam suram ku, Bintang...akukah itu?

Bintang Dakaplah Daku

Bintang engkau di mana? Mana cahaya mu aku tidak nampak bintang? Kau lari dari aku kah bintang? Kau pun macam dia juga tidak sayang aku lagi? Bintang? Bintang....Bintang.... Dakaplah daku...Aku takut bintang.... Kelam sungguh malam ini bintang Bintang? Kenapa engkau tidak berkelip seperti selalu Engkau merajuk pada akukah bintang? Janganlah bintang, aku tidak mahu bersendirian Bintang tunjuklah gemerlap mu Aku rindu pada cahaya mu...

Apakah Yang Aku Rasa?

Image
Tinggal beberapa hari lagi, diri ini akan menginjak ke angka 40. Satu usia yang aku sendiri tidak pernah terfikir bagaimana aku pada usia itu. Nah! Sekarang aku hampir mendekati angka itu. Apakah yang aku rasa? Entah aku sendiri sukar untuk menjawabnya. Takutkah aku? Tidak juga. Bimbangkah aku? Entahlah. Yang pasti wajah mulus anak-anak yang paling kerap terbayang di mata aku. Aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan usia aku supaya aku diberi ruang waktu untuk meninggalkan sedikit bekalan dunia dan akhirat untuk mereka. Kepada anak-anak ku, Ibu tidak punya harta yang menimbun untuk ditinggalkan buat kalian. Ibu sentiasa berdoa moga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan sentiasa berjuang ke jalan Allah. Dunia tidak menjanjikan apa-apa. Buat anak-anak lelaki ku, Hiduplah kalian sebagai hamba Allah yang sentiasa rindukan kebesaranNYA, yang sentiasa ingat akan kehebatanNYA. Jadilah seorang lelaki yang ada sifat-sifat pemaaf, sifat-sifat pemalu kerana dengan adanya sifat pemalu kalian t...

Indah Khabar dari Rupa

Kenapa manusia yang rasa dirinya hebat, lagak macho, perempuan serata alam tapi hakikatnya takut pada bayang-bayangnya sendiri. Hah! Hebat sangatkah dia? Itulah yang aku nilai pada seorang teman mesra tapi renggang...Hahaha....selalunya teman tapi mesra...tapi aku lain pula halnya. Aku pun naik heran kenapa takut sangat sehingga memulau aku untuk melihat segala aktiviti dirinya di alam siber. Rasanya diri aku tidaklah sejaguh mana sekadar seorang ibu biasa-biasa sahaja. Aku fikir kehadiran aku tidak mungkin akan mencalar segala aktiviti sibernya. Siapa aku untuk mengganggu-gugat hidupnya. Hanya sekadar memerhati dari jauh tapi kalau takut dilambung ombak kenapa berumah di tepi pantai. Benarlah kata orang tidur sebantal tapi mimpi lain-lain....

Sabarlah duhai teman

Sabarlah duhai teman, Jangan diturut hati yang lara, Jangan ditangisi kasih yang hilang, Jangan dikesal dengan apa yang terjadi. Sabarlah duhai teman, Aku tahu deritamu, Aku tahu sengsaramu, Kerana aku juga seperti mu.... Hilang segalanya... Hilang semuanya... Tatkala bibirnya menyebut... Kasihnya tertumpah pada wanita lain....

Taksub

Kenapa lelaki terlalu taksub dengan chatting? Apa yang dicari sebenarnya. Kalau yang bujang aku fahamlah untuk mencari pasangan hidup tetapi lelaki yang dah berkahwin kekadang heran juga ya!. Mungkin itu satu kepuasan untuk mencipta anganan tentang dirinya yang lain. Menyuakan cerita manis tentang keperkasaan dirinya, tentang kehebatan dirinya atau tentang kemunculan dirinya yang sentiasa menjadi pujaan wanita. Bak kata seorang teman mungkin sang lelaki sudah bosan makan `kentucky', mahu cari kelainan lalu beralih pada `mc donald' pula. Aargh! Bagi aku itu alasan tipikal dan satu escapism yang sengaja dicipta lelaki. Terkadang aku bertanya setakat mana yang boleh dicerita. Bagi perempuan yang naif pasti jatuh tersungkur mendengar cerita hebat sang jejaka. Walaupun siber tapi web cam menjadi penghubungnya, betulkan! Kebenaran dan ketulenan cerita sang jejaka usah dipercaya bulat-bulat kerana sesiapa pun boleh menjadi sesiapa di dalam alam siber. Mahu jadi pria tampan, kacak, bu...

ANAK....ANAK...

Tadi aku telefon sekolah menengah cyberjaya tempat anak sulung aku sekolah. Sekadar nak check kenapa dia tak nak ke sekolah. Kata guru kelasnya dia tak ada apa2 masalah. Okey sahaja. Nak jadi cerita, pada hari khamis dan jumaat katanya seluar sekolah dia hilang. Puas aku cari dari satu almari ke satu almari. Dari bawah katil ke satu katil. Pendek kata satu rumahlah aku geledah. Tak juga jumpa. Kata bibik, seluar tu ilang di ampaian. Pelik pula aku rasa. Alih-alih ahad malam isnin dah jumpa semula. So, aku confident ler ari isnin dia akan ke sekolah. Tiba-tiba anak aku yang nombor dua telefon, katanya seluar abang ilang lagi. Aik...baru pagi tadi aku letak di dalam bilik baju. Macam mana boleh ilang. Aku pun membebel ler. Pesan suruh tengok banyak kali. Ok tak per aku kata. Tunggu ibu balik nanti ibu cari aku kata kat anak aku. Sampai sajer rumah aku membebel. Cari punya cari rupanya ada kat bawah katil. Aku jadi musykil, ni macam nak buat alasan seluar sekolah ilang. Dah jumpa aku kat...